Hiasan Dunia

Hiasan Dunia

Nov 2, 2010

Alhamdulillah......'Ya Allah Kuatkanlah Mereka'....

Assalamualaikum wbt... ziarah kembali....... Alhmdulillah...pada 2 hari yg lpas, 30 okt 2010, sya dan beberapa lagi orang sahabat pergi mnziarahi Rumah Titian Kasih (RTK) di Titiwangsa. Kami trdiri dari 4 bro dan 4 sis. Perjalan kami ke sana mengambil msa dalam 1 jam lebih. Dalam kul 10, kami brtolak dari UIA, tiba di sana dalam tengah hari. Pada mulanya kmi tiba di rumah perempuan, tpi kami dimaklumkan bahawa anak2 di situ berada di rumah lelaki, kmi pon berjalan kaki ke rumah lelaki...Setibanya kmi di sana, kami disambut ceria oleh Mak Pah dan adik2 kat sana....best sgt....bila diorg nmpk saja kami....diorg terus panggil 'akak'....'abang'....mula2 skali, adik yg menyapa sya ialah Tajul....usia dia 3 tahun, dia telah dihantar ke situ
waktu bayi lagi....sampai skrg tiada siapa pun thu siapa ayah dan mak kandung dia....kesian dia...comel sgt...die suka merajuk bila tak dapat mainan...kelakar tgk gelagat adik2 kt sini...ttiba rindu plak anak sedara kt kampung...huhu...

        Ada lagi seorang adik ni, nama dia Amirul...dia ada adik, nama Ayyie...Mereka ditempatkan di situ setelah ibu dan ayah mereka masuk ke pusat pemulihan dadah...Amirul disahkan sihat, tetapi Ayyie disahkan HIV positif. Ya Allah....kecik2 lgi pun dh diberi dugaan yang sgt berat....'Ya Allah, sihatkan adik2 ini yang tak berdosa ini...sembuhkanlah mereka dan lindungi mereka...' Selain itu, ada juga anak2 yang ditinggalkan atau dihantar ke situ kerana sebab- sebab lain contohnya, mak ayah meninggal, masuk penjara dan ada juga disebabkan ketelanjuran serta hubungan haram.

        Tiada apa yang boleh kami bantu, yang mampu cuma melihat dan membuat adik2 tersenyum gembira apabila kami melayan mereka. Kami mengajar diorg lukis, warna, origami dan sebagainya. Kami juga memberi sedikit makanan ringan untuk adik2, walaupun tak bnyak, itulah yang ikhlas dan mampu kami berikan, kami harap, dengan pemberian yang tak seberapa itu, sedikit sebanyak dapat buat adik2 gembira...Tugas untuk brothers pada waktu itu ialah, membantu pekerja2 mangangkut barang2 ke atas lori untuk dibawa ke rumah yang lain. Ini disebabkan, owner rumah sewa itu mahu mengambil kembali rumah tersebut kerana diorg tak mampu untuk mmbayar sewa...nak wat macam mana lagi, diorang terpaksa akur. Saya dimaklumkan, rumah kini tidak sebesar dan seselesa rumah yang lama...Tapi takpa, mungkin ada hikmah disebalik semua kejadian ini...' kkdang Allah hilangkan matahari, Dia beri kita hujan, panah dan petir, tapi akhirnya, Dia kurniakan kta pelangi yang sungguh indah'... Kemudian, kami juga memberi adik2 makan nasi yang telah disediakan. Ermmm....berselera sungguh diorg makan, ada yang makan sampai 3 bungkus...

         Kemudian, adik2 ini dibawa ke rumah asrama perempuan, kami juga turut ke sana. Rumah ini menempatkan juga ibu- ibu tunggal dan orang kurang upaya (OKU)... Disini kami berkenalan dengan Kak Diana, umur dia 24 tahun, dia seorang yang catat dari segi fizikal dan mental. Sya xpasti, kecatatan yang dialami ini bermula sejak dia lahir atau tidak, tetapi apa sahaja yang dia cakap, dapat difahami oleh kami. Kami sempat bertaaruf dengannya. Antara kata- kata yang diungkapkan olehnya, yang sya takkan lupakan dan menyentuh hati saya ialah...'nama saya Nor Diana, umur 24 tahun, anak yatim piatu, xde mak dan ayah, saya cacat, saya malu..' Antara soalan yang yang dibertanyakan kepada kami, seronok x blajar di UIA? Masih ada mak dan ayah? Dan satu soalan yang sgt menginsafkan sya. Mak dan ayah Yana dah meninggal, pastu diorang pergi mana ye?? Soalan ini ditanyakan kepada seorang sahabat sya, kami semua tersentak dan tak tahu nak cakap apa...

            Kemudian, adik2 ini diarahkan dan diajar untuk solat Zohor berjemaah oleh seorang penjaga diorang. Selesai sahaja solat, kami diminta untuk mengajar adik- adik ini mangajar Quran dan Iqra'. Alhamdulillah...ada yang pandai mengaji dengan lancar...Kemudian kami bermain- main dan melayan kerenah mereka....Apabila merenung sikap dan gelagat mereka...sgt2 kelakar, mmg penat tgk gelagat diorang, suka bergaduh, menangis, merajuk, lari sana-sini dan macam2 lagi....biasalah budak2....tapi diorang inilah pewaris generasi yang akan datang, diorang merupakan aset negara dan pewaris agama yang sangat berharga, sepertimana yang kita tahu, anak itu amanah, kta perlu jaganya dengan baik, mereka dilahirkan dalam keadaan yang suci tidak kiralah darimana sumber pun, mereka tetap suci dan tidak ada dosa. " Anak ini dilahirkan seperti kain putih, terpulanglah kepada ibu bapa bagaimana hendak mencoraknya".

          Apabila menjelang petang, setelah kami selesai solat Asar berjemaah, ada adik2 yang tertidur keletihan. Sebelum kami pulang, kami sekali lagi dimnta untuk uruskan adik- adik untuk solat Asar berjemaah, kami dikehendaki melihat bacaan dalam solat, cara- cara solat dan kedudukan anggota ketika solat supaya betul. Apabila semuanya selesai, kami memberi sedikit sumbangan kepada adik- adik ini. Rasa macam tak mahu balik pun ada, walaupun tak sampai sehari duduk dengan diorg, ttapi rasa kasih dan sayang terhadap mereka telahpun berputik....ttapi kami terpaksa balik juga kerana masing- masing ada klas keesokkan harinya.....huhuhu....takpalah, kalau diberi kesempatan lagi, InsyaAllah, kami akan datang lagi....Adik2... tunggu akak- akak dan abang-abang ye....sama2 kta doa ye...'Akak sayang adik-adik semua...' 

 

No comments: